Sinopsis Azfa Hanani ditawarkan oleh Tengku Mazran untuk menyamar sebagai adiknya Tengku Murni, anak perempuan tunggal Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis kesayangannya telah meninggal dunia. Tengku Mazran secara kebetulan telah terlihat gambar Azfa Hanani yang seiras dengan wajah arwah adiknya ketika mengunjungi rakannya di Kampung Merpati. Tengku Mazran menawarkan Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya supaya ibunya tidak mengalami tekanan jiwa. Tawaran tersebut diterima oleh Azfa Hanani setelah memikirkan bahawa dia akan terlepas daripada hukuman pihak sekolah akibat kesalahan mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian. Tengku Mazran turut berjanji untuk menanggung kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang lumpuh itu. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar tentang perwatakan Tengku Murni. Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku Mazran. Dia dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari tempat Tengku Murni bersekolah dahulu. Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni untuk memahami perwatakannya. Melalui diari itu juga, Azfa Hanani mengetahui hubungan cinta antara Tengku Murni dengan Ekran terputus disebabkan oleh halangan Tengku Muzaffar, iaitu abang Tengku Murni. Azfa Hanani bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang perhubungan mereka kerana Ekran berasal daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina. Dia bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu telah didengari oleh Datin Maziah. Penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Dia telah dimarahi dan ditampar oleh Datin Maznah kerana menipu. Azfa Hanani kemudiannya diusir dari banglo tersebut. Azfa Hanani pulang ke rumah pak longnya di Kampung Merpati. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memujuk Azfa Hanani supaya kembali semula ke banglo mereka. Datuk Tengku Makmur menjelaskan bahawa dialah yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun lalu. Dia telah memandu kereta dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga jatuh ke dalam gaung. Hanya Azfa Hanani yang terselamat. Datin Maziah yang kasihan akan Azfa Hanani menyusuinya . Akhirnya Azfa Hanani kembali ke rumah Datin Maziah dengan identitinya yang sebenar. Sewaktu ke rumah Ekran, Azfa Hanani telah mengetahui bahawa Ekram bukanlah berasal daripada keluarga miskin, sebaliknya ibu bapa Ekran merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, tetapi sekarang masih menyambung pelajaran di Amerika Syarikat
No comments:
Post a Comment