Search This Blog

Friday, October 14, 2011

idioms and proverbs !!!!


1)seeing is believing
- you must see something before you can believe that it really exists
2)shape up or ship out
- behave properly or leave
3)shoe is on the other foot
- someone is experiencing the same things that he or she caused
someone else to experience, the situation is reversed
4)tomorrow is another day
- there will be another opportunity to do something in the
future

Ciri Ciri tamadun

Ciri Ciri Tamadun :

Sejarah Form 4

Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu daripada perkataan mudun dan madain. Tamadun juga membawa dua pengertian iaitu ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar. Manakala dalam bahasa Inggeris disebut civilization, yang berasal dari bahasa Greek iaitu civitas yang membawa maksud bandar.Dalam bahasa Melayu istilah tamadun lebih jelas difahami dengan pengertian peradaban. Di zaman moden ini takrif tamadun berbeza mengikut masyarakat dunia khususnya dunia Barat dan Timur. Bagi masyarakat Barat, tamadun bermaksud perkembangan lahiriah seperti perkembangan budaya, undang-undang, pemerintahan, kemajuan fizikal dan perkembangan penulisan. Bagi Islam, tamadun lebih kepada perkembangan lahiriah dan rohaniah. Dalam Islam perkembangan kedua-dua aspek amat penting dan saling lengkap melengkapkan.Selain daripada perkembangan lahiriah seperti di Barat, Islam juga menganjurkan pencapaian keperibadian rabbani dan kehidupan luhur dalam sesebuah masyarakat agar melahirkan masyarakat yang harmonis. Kesimpulannya, konsep tamadun bukan sahaja menitikberatkan perkembangan berbentuk lahiriah semata-mata tetapi juga menekankan perkembangan aspek rohaniah. Perkara ini amat penting bagi melahirkan individu dan masyarakat yang memiliki keperibadian dan moral yang tinggi.

Are u angry>?????????


Jenis Jenis Ayat 2


Jenis -Jenis Ayat


Praktis Novel Azfa Hanani 4

Huraikan binaan plot yang diketengahkan oleh pengarang sehingga menjadikan novel yang anda pelajari sungguh menarik.

Praktis Novel Azfa Hanani 3

Latar merupakan salah satu elemen penting dalam pengkajian sesebuah novel. Huraikan dua latar tempat paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari.

Praktis Novel Azfa Hanani 2

Watak utama lazimnya mendapat perhatian dan disukai oleh pembaca. Berikan tiga alasan bagi menyokonng pandangan anda dengan berdasarkan satu novel yang telah anda kaji.

Praktis Novel Azfa Hanani 1


(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan tiga sumbangan penulis kepada masyarakat

Tema novel Form 4



Azfa Hanani :
Papa {Akhirnaya kau tewas jua} : TemaNovel ini bertemakan kekeluargaan yang boleh dilihat daripada perhubungan rapat dan mesra antara Intan Julia,Papa,Mama dan Mak Cik Noraini.Hubungan yang mesra dan harmoni yang terjalin antara mereka telah mengukuhkan perhubungan antara anggota keluarga serta mewujudkan keluarga yang bahagia.
Renyah :
Melunas Rindu:

Novel Form 4

Sinopsis Azfa Hanani ditawarkan oleh Tengku Mazran untuk menyamar sebagai adiknya Tengku Murni, anak perempuan tunggal Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis kesayangannya telah meninggal dunia. Tengku Mazran secara kebetulan telah terlihat gambar Azfa Hanani yang seiras dengan wajah arwah adiknya ketika mengunjungi rakannya di Kampung Merpati. Tengku Mazran menawarkan Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya supaya ibunya tidak mengalami tekanan jiwa. Tawaran tersebut diterima oleh Azfa Hanani setelah memikirkan bahawa dia akan terlepas daripada hukuman pihak sekolah akibat kesalahan mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian. Tengku Mazran turut berjanji untuk menanggung kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang lumpuh itu. Azfa Hanani diberi tunjuk ajar tentang perwatakan Tengku Murni. Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku Mazran. Dia dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari tempat Tengku Murni bersekolah dahulu. Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni untuk memahami perwatakannya. Melalui diari itu juga, Azfa Hanani mengetahui hubungan cinta antara Tengku Murni dengan Ekran terputus disebabkan oleh halangan Tengku Muzaffar, iaitu abang Tengku Murni. Azfa Hanani bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang perhubungan mereka kerana Ekran berasal daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina. Dia bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu telah didengari oleh Datin Maziah. Penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Dia telah dimarahi dan ditampar oleh Datin Maznah kerana menipu. Azfa Hanani kemudiannya diusir dari banglo tersebut. Azfa Hanani pulang ke rumah pak longnya di Kampung Merpati. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memujuk Azfa Hanani supaya kembali semula ke banglo mereka. Datuk Tengku Makmur menjelaskan bahawa dialah yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun lalu. Dia telah memandu kereta dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga jatuh ke dalam gaung. Hanya Azfa Hanani yang terselamat. Datin Maziah yang kasihan akan Azfa Hanani menyusuinya . Akhirnya Azfa Hanani kembali ke rumah Datin Maziah dengan identitinya yang sebenar. Sewaktu ke rumah Ekran, Azfa Hanani telah mengetahui bahawa Ekram bukanlah berasal daripada keluarga miskin, sebaliknya ibu bapa Ekran merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, tetapi sekarang masih menyambung pelajaran di Amerika Syarikat